Swasta gagal, kroni diselamatkan...
Orang Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya akan membayar bill air terlalu tertinggi dan tidak munasabah selepas 31 mac 2009, kenapa?
Syabas iaitu syarikat bekalan air negeri Selangor akan menaikkan kadar bayaran mulai tarikh itu, iaitu satu langkah yang ditentang keras oleh kerajaan negeri. Bagaimana ini terjadi?
Kerajaan lama Selangor (BN) telah menswastakan Jabatan Bekalan Air (JPA) menjadi Syarikat yang menjual air selangor. Apakah tujuannya?
Untuk mencari wang kepada taukeh-taukeh, dan langkah ini telah gagal memberi perkhidmatan yang baik kepada pengguna. Syarikat ini dalam ekonomi disebut sistem kapitalis iaitu satu sistem yang membenarkan kaum pemodal mengusahakan asas-asas keperluan rakyat yang sepatutnya tanggungjawab ini ialah tanggungjawab kerajaan. Jadi?
Pengguna air itu sendiri.
Ada Otak lah ...

Begitulah marahnya. Kenapa marah? Siapa Marah ni?
Datuk Dr Hassan Ahmad Marah sangat, beliau ada ilmu, ada otak dan boleh berfikir sendiri mengenai tindakan yang dibuat menentang pelaksanaan PPSMI. Beliau yang juga Pengerusi Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) berkata pihaknya hanya berjuang untuk kembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Itu saja.
Nampak-nampak gaya UMNO mencari musuh!
Kalau zaman Dr Mahathir ulamak jadi musuh, sekarang pejuang bahasa yang banyak berjasa pada negara dijadikan musuh. So, Umno berjuang untuk siapa?
Umno berjuang untuk undi. Habis bagaimana nasib penyokong Umno di peringkat akar umbi, yang merupakan penyokong mejoriti?
Tak boleh buat apa-apa lah, maka menjadi raja di hatilah UMNO. Maka akan dijualnya bangsa demi politik. Tapi sampai bila. Tak sedar lagikah tentang kekalahan BN dalam PRU-12.
alah! yang kalah bukan UMNO, tapi BN. Umno masih kuat. Sebab itu Datuk Hishamuddin masih bongkah dan sombong. Tapi depan rakyat sanggup cium keris konon, tapi bila kena tanya, kecut lutut. Gimik saja. Tengoklah kot-kot nanti jadi naib president. Bersama sepupunya yang jadi presedent.
Hancur UMNO...
Flip-Flop
Dalam Blog A Kadir Jasin dinyatakan:
- Kementerian Dalam Negeri sekejab kata haram sekejab tak jadi haram dalam hal gunai kalimah Allah oleh Herald-The Catholic Weekly.
- Dalam kes flip-flop penggunaan nama Allah ini tidak ada siapa dituduh mabuk tetapi kalau orang siuman melakukan kerja flip-flop ini, rasa-rasanyalah kesalahan itu lebih teruk daripada dilakukan oleh orang mabuk.
- Begitu juga flip-flop mengenai IJN, LCCT dan terbaru pembatalan kenaikan kadar tol.
Dalam Blog Dunia Tiger menyatakan:
- Berselindung disebalik hak dan keistimewaan atau kekebalan. ahli Parlimen membuat macam-macam tuduhan, termasuk mengata Pemuda UMNO celaka dan menghantar peluru yang dituturkan pengerusi DAP Karpal Singh, kemudian perkataan jahat itu mereka tarik balik
Maksudnya cakap dulu tarik kemudian, buat dulu batal kemudian sudah menjadi amalan sebagai kaizen oleh para yang berhormat dan oleh pemimpin kerajaan dan juga di pihak pembangkang. Flip-Flop macam ini menyebabkan suasana siasah negara menjadi ibarat Keling Karam.
Ibarat kata setiap yang berlaku kerana ada mulanya. Namun permulaan yang teruk ini adakah kerana Tun Dr. Mahathir yang telah membuat silap dalam pemerintahannya dulu? Bolehkah agensi kerajaan dibetulkan dengan tidak mengamalkan kaizen, sedangkan ramai mereka yang telah dikirim ke jepun itu sudah menjawat pangkat tinggi dalam kerajaan? Bolehkah pegawai-poegawai ini mengubah sikapnya yang rosak itu?
Tentang Demokrasi
Malam tadi saya tonton tv 9 rancangan hujjah, menariknya apabila rahim ditanya pengurusi tentang poltik di Perak. Apa jawaban rahim?
Katanya demokrasi membenarkan yang mendapat mejoriti adalah menang, tetapi ada orang yang percaya demokrasi tak hendak benarkan mejoriti menang, malahan dia tentang yang menang dengan fitnah dan macam-macam halangan.
Cator Politik
Itulah yang sebenarnya bahawa politik tidak memperdulikan demokrasi, kerana demokrasi hanyalah laluan. Malahan banyak kejadian di dunia ini bahawa politik mencapai tujuan tidak menggunakan demokrasi. Misalnya rampasan kuasa tentera dan sebagainya.
Matlamat politik ialah kuasa. Kuasa itu digunakan untuk mengusai orang lain melalui kepercayaan, ugutan dan udang-undang.
Jadi, tidak mustahil dalam cator politik sekarang bahawa BN telah tewas walaupun masih menjadi kerajaan persekutuan. Sebab apa?
Politik Bangkrap
Sebab ramai orang politik dalam parti BN menjadi orang bangkrap politik. Andainya orang mengata BN itu rasuah, dia kata ye rasuah. Andainya dikata tidak demokrasi, dia kata ye tidak demokrasi. Akhir-akhirnya orang BN sendirit tak tahu diri meraka siapa.
Politik pembangkang sudah menang mengusai minda dan fikiran BN, lalu BN akan melakukan apa sahaja asalkan jangan dikata bukan-bukan oleh politik pembangkang.
Satu hari nanti kalau politik pembangkang mengatakan BN itu bodoh, maka BN pun cari usaha mengapa dikata bodoh. Orang-orang BN akan huruhara sebab dikata bodoh. Di sini politik pembangkang sudah gunakan mengusai minda BN hingga menjadi demikian rupa.