Bodohnya Menjatuhkan Kuasa

Kerajaan Perak Pakatan Rakyat tidak akan tumbang sekiranya mereka tidak bodoh. Mereka juga bodoh untuk menjaga kedudukan menjadi pemerintah. Mengapa?

Menerajui sebuah kerajaan memerlukan strategi, diplomasi dan pengaruh supaya kuasa di tangan boleh memerintah diterjemahkan sebagai boleh mengarah, menguatkuasa dan melaksana. Adakah pakatan rakyat tidak ada diplomasi dan strategi?

Pada 7 Mei 2009 semua orang menyaksikan episod akhir apabila Dewan Udangan Negeri terlepas ke tangan Barisan Nasional. Dengan itu secara rasmi kerajaan Pakatan Rakyat di Perak hilang kuasa dan hilang pemerintahan. Apa ceritanya?

Rakyat telah mengundi dan akkhirnya tidak sebuah parti pun di Perak yang boleh membentuk kerajaan termasuk Barisan Nasional. Tidak juga Pakatan Rakyat yang bertanding dengan lambang masing-masing sebagai DAP, PAS dan PKR. Tikda ada lambang Pakatan Rakyat. Malahan Pakatan Rakyat yang didakwa memerintah negeri Kedah, Pulau Pinang dan Selangor itupun tidak ada bendera atau lambangnya. Jadi siapa mereka?

Mereka adalah kerajaan campuran sahaja yang melebelkan dirinya sebagai Pakatan Rakyat. Di Kedah dominannya oleh PAS, Selangor dominannya oleh PKR dan di Pulau Pinang dominannya oleh DAP. Tetapi di Selangor PKR bukanlah parti mejoriti, kerana PAS lebih banyak ahlinya dibandingkan PKR.

Kerajaan campuran di Perak atau kerajaan manapun adalah mustahil boleh meneruskan kerja dan memerintah jika tidak mendapat iktiraf oleh pihak lawan seperti di selangor yang diakui wujudnya kerajaan itu oleh Barisan Nasional.

Tetapi kerana bodohnya kerajaan Perak masa itu tidak berusaha mendapatkan kerjasama dari pihak lawan dan dari pihak kerajaan persekutuan, lama-lama kuasa itu hilang dan tidak siapa yang mahu patuh pemerintahannya.

Kerana bodohnya maka kerajaan Perak masa itu gagal mengguna strategi dan diplomasi yang betul untuk mengekalkan kuasa.

Sepatutnya mereka gunakan UMNO yang masih terkejut kalah itu, gunakan diplomasi supaya orang-orang UMNO yang macam kematian itu tunduk dan menyokong. Malahan perkataan kerjasama tidak semestinya masuk dalam satu parti. Tolong menolong sebagai kerajaan dan sebagai pembangkang pun boleh dikatakan kerjasama juga.

Sebaliknya kerajaan campuran yang dinamakan Pakatan Rakyat di Peraka ini lebih sukakan bergaduh, berlawan, konfrantasi dan bermusuh. Mereka gunakan kononnya undang-undang, mahkamah dan pilihanraya.

Asal usul kuasa ialah sokongan dan sokongan diberi apabila seseorang itu terpengaruh untuk menyokong. Orang yang mendapat sokongan dianggap mempunyai kuasa. Bagaimana kuasa wujud?

Sekiranya anda seorang pekerja ialah dilantik majikan. Sekiranya anda dalam kumpulan, orang lain memilih, menjadikan anda ketua. Begitru juga dalam kumpulan lanun, parti politik, perompak, mahupun persatuan. Jadi mengapa mereka tak belajar dari pengalaman?

Kerajaan negeri Sabah masa itu di bawah Datuk Pairin Katingin pun tumbang juga apabila menggunakan pendekatan yang salah itu. iaitu selalu mengwudukan kongrantasi?

Begitu juga kerajaan PAS masa itu di Kelantan apabila Parti PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional, dan kerajaan negeri Kelantan masa itu diletakkan terus dari Kuala Lumpur di bawah udang-undang Darurat akibat PAS berkeras dengan prinsip dan tidak mencari pendekatan diplomasi dengan UMNO.

DS Anwar Ibrahim terpecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri kononnya kerana prinsip, dan tidak mencari pendekatan diplomasi dengan President UMNO, Tun Dr Mahthir, sebaliknya DS Anwar Ibrahim mencari pendekatan lawan tetap lawan.

Lihat pendekatan diplomsi yang ditunjukkan oloeh Tun Musa Hitam? Tun Musa Hitam walaupun tergugur dari dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau menggunakan pendekatan tidak mencari musuh, sebaliknya kurang musuh, banyakkan kawan, dan akhirnya dilantik menjadi pengerusi agensi bukan-bukan, dan menikmati kemudahan berlebihan.

Mendapatkan kuasa bukan melalui pilihan raya sahaja, tetapi banyak sistem bergantung kepada siatusi yang berlaku. Mungkin dengan rampasan kuasa, keturunan ataupun melalui strategi tertentu.

Lihat kerajaan Iraq sekarang. Lihat kerajaan Israel sekarang dan lihat kerajaan Afghanistan! Apakah suantu hari nanti satu kumpulan boleh mendakwa kerajaan-kerajaan itu tidak sah dan menuntut dikembalikan kepada Taliban di Afghanistan dan kepada Sadam Hussin di Iraq?

Inilah bodohnya V. Sivakumar bekas speaker DUN Perak itu. Di saat-saat akhir kekusaan yang ada itu, V Sivakumar masih tidak tahu gunakan diplomasi. Masih bongok kononnya undang-undang dan demokrasi. Pakatan Rakyat masih lagi melaung-laung bubarkan DUN dan adakan pilihan raya. Bodoh, bodoh, bodoh!

Mengapa V. Sivakumar yang bodoh ini tidak gunakan diplomasi dan strategi supaya kekal dalam jawatan Speaker, mengapa tidak buat begitu? Bukankah ibarat pepatah melayu kata yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Wahai ahli-ahli politik yang bodoh!

Sudahlah Bekas Menteri Besar Perak itu bodoh, hingga terlepas jawatan. Bodoh lagi dia apabila isu itu dibawa ke Mahkamah. Mengapa bodoh? Mana ada kuasa politik dalam sejarah dunia ini gunakan makhkamah? Makhkamah pun ditentukan oleh politik. Inikan pula hal politik dibawa makhmah. Maka terang-terang awak tu bodoh wahai bekas menteri besar pakatan rakyat.

Awak sangat bodoh kerana awaklah dilantik jadi Menteri Besar kerana orang lain yang layak tidak dibenarkan oleh Perlembagaan negeri, maka awaklah terpilih. Kalau masa itu Tajol Rosli membantah, awak langsung tak merasa duduk sebagai menteri besar, tetapi Tajol Rosli tengah terkejut beruk, maka dia tak membantah.

Kerana awak bodoh, awak tak gunakan kesempatan itu, awak lepaskan peluang-peluang politik yang mendatang, awak bongok, akhirnya awak tumbang. Dan semua penyokong kerajaan pakatan rakyat yang menerima nasib tuah itu kecundang dan hampa kerana awak banyak melepaskan peluang politik.