Tentang Demokrasi

Malam tadi saya tonton tv 9 rancangan hujjah, menariknya apabila rahim ditanya pengurusi tentang poltik di Perak. Apa jawaban rahim?

Katanya demokrasi membenarkan yang mendapat mejoriti adalah menang, tetapi ada orang yang percaya demokrasi tak hendak benarkan mejoriti menang, malahan dia tentang yang menang dengan fitnah dan macam-macam halangan.

Cator Politik

Itulah yang sebenarnya bahawa politik tidak memperdulikan demokrasi, kerana demokrasi hanyalah laluan. Malahan banyak kejadian di dunia ini bahawa politik mencapai tujuan tidak menggunakan demokrasi. Misalnya rampasan kuasa tentera dan sebagainya.

Matlamat politik ialah kuasa. Kuasa itu digunakan untuk mengusai orang lain melalui kepercayaan, ugutan dan udang-undang.

Jadi, tidak mustahil dalam cator politik sekarang bahawa BN telah tewas walaupun masih menjadi kerajaan persekutuan. Sebab apa?

Politik Bangkrap

Sebab ramai orang politik dalam parti BN menjadi orang bangkrap politik. Andainya orang mengata BN itu rasuah, dia kata ye rasuah. Andainya dikata tidak demokrasi, dia kata ye tidak demokrasi. Akhir-akhirnya orang BN sendirit tak tahu diri meraka siapa.

Politik pembangkang sudah menang mengusai minda dan fikiran BN, lalu BN akan melakukan apa sahaja asalkan jangan dikata bukan-bukan oleh politik pembangkang.

Satu hari nanti kalau politik pembangkang mengatakan BN itu bodoh, maka BN pun cari usaha mengapa dikata bodoh. Orang-orang BN akan huruhara sebab dikata bodoh. Di sini politik pembangkang sudah gunakan mengusai minda BN hingga menjadi demikian rupa.