Swasta gagal, kroni diselamatkan...

Orang Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya akan membayar bill air terlalu tertinggi dan tidak munasabah selepas 31 mac 2009, kenapa?

Syabas iaitu syarikat bekalan air negeri Selangor akan menaikkan kadar bayaran mulai tarikh itu, iaitu satu langkah yang ditentang keras oleh kerajaan negeri. Bagaimana ini terjadi?

Kerajaan lama Selangor (BN) telah menswastakan Jabatan Bekalan Air (JPA) menjadi Syarikat yang menjual air selangor. Apakah tujuannya?

Untuk mencari wang kepada taukeh-taukeh, dan langkah ini telah gagal memberi perkhidmatan yang baik kepada pengguna. Syarikat ini dalam ekonomi disebut sistem kapitalis iaitu satu sistem yang membenarkan kaum pemodal mengusahakan asas-asas keperluan rakyat yang sepatutnya tanggungjawab ini ialah tanggungjawab kerajaan. Jadi?


Hakikatnya swasta adalah gagal. Menaikkan harga air adalah satu usaha kerajaan BN (persekutuan) menyelamatkan kroni (peniaga) dari rugi. Siapakah yang jadi mangsa?

Pengguna air itu sendiri.