Swasta gagal, kroni diselamatkan...

Orang Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya akan membayar bill air terlalu tertinggi dan tidak munasabah selepas 31 mac 2009, kenapa?

Syabas iaitu syarikat bekalan air negeri Selangor akan menaikkan kadar bayaran mulai tarikh itu, iaitu satu langkah yang ditentang keras oleh kerajaan negeri. Bagaimana ini terjadi?

Kerajaan lama Selangor (BN) telah menswastakan Jabatan Bekalan Air (JPA) menjadi Syarikat yang menjual air selangor. Apakah tujuannya?

Untuk mencari wang kepada taukeh-taukeh, dan langkah ini telah gagal memberi perkhidmatan yang baik kepada pengguna. Syarikat ini dalam ekonomi disebut sistem kapitalis iaitu satu sistem yang membenarkan kaum pemodal mengusahakan asas-asas keperluan rakyat yang sepatutnya tanggungjawab ini ialah tanggungjawab kerajaan. Jadi?


Hakikatnya swasta adalah gagal. Menaikkan harga air adalah satu usaha kerajaan BN (persekutuan) menyelamatkan kroni (peniaga) dari rugi. Siapakah yang jadi mangsa?

Pengguna air itu sendiri.

Ada Otak lah ...


Begitulah marahnya. Kenapa marah? Siapa Marah ni?


Datuk Dr Hassan Ahmad Marah sangat, beliau ada ilmu, ada otak dan boleh berfikir sendiri mengenai tindakan yang dibuat menentang pelaksanaan PPSMI. Beliau yang juga Pengerusi Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) berkata pihaknya hanya berjuang untuk kembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Itu saja.

Nampak-nampak gaya UMNO mencari musuh!

Kalau zaman Dr Mahathir ulamak jadi musuh, sekarang pejuang bahasa yang banyak berjasa pada negara dijadikan musuh. So, Umno berjuang untuk siapa?

Umno berjuang untuk undi. Habis bagaimana nasib penyokong Umno di peringkat akar umbi, yang merupakan penyokong mejoriti?

Tak boleh buat apa-apa lah, maka menjadi raja di hatilah UMNO. Maka akan dijualnya bangsa demi politik. Tapi sampai bila. Tak sedar lagikah tentang kekalahan BN dalam PRU-12.

alah! yang kalah bukan UMNO, tapi BN. Umno masih kuat. Sebab itu Datuk Hishamuddin masih bongkah dan sombong. Tapi depan rakyat sanggup cium keris konon, tapi bila kena tanya, kecut lutut. Gimik saja. Tengoklah kot-kot nanti jadi naib president. Bersama sepupunya yang jadi presedent.

Hancur UMNO...

Flip-Flop

Flip-flop *slippers — Japanese sandals; as in US and UK "flip-flops", Australia "thongs" yang bermaksud Flip-Flop ialah sejenis bunyi akan tetapi sudah diguna pakai orang untuk makna yang lain. Ia merujuk kepada sekajab ada, sekejab tak ada, sekejab ada dan seterusnya, macam cakap keling, pagi lain dan petang lain.

Siapakah yang memulakan Flip-flop? Siapakah lagi jika tidak Tun Dr Mahathir Muhammad seketika menjadi Perdana Menteri Malaysia apabila memperkenalkan 'Pandang Ke Timur'. Khususnya budaya orang-orang Jepun buat kerja.

Budaya 'Kaizen' yang dipakai di Jepun itu menyebabkan seorang pekerja yang menyiapkan tugas yang disuruh oleh bos tidak semestinya akan diterima oleh bos mereka apabila dibawa hari berikutnya.

Konsep kaizen ialah hari ini bagus tidak semestinya esok pun bagus, begitulah sebaliknya hari ini tidak bagus, esok pun belum tentu tidak bagus. Kononnya penambah baik yang berterusan, yang boleh dianggap sebagai tidak ada pendirian. Pragmatik kononnya. Maka lahir budaya kerja Flip-flop. Buang masa, buang tenaga.

Dalam Blog A Kadir Jasin dinyatakan:
  • Kementerian Dalam Negeri sekejab kata haram sekejab tak jadi haram dalam hal gunai kalimah Allah oleh Herald-The Catholic Weekly.
  • Dalam kes flip-flop penggunaan nama Allah ini tidak ada siapa dituduh mabuk tetapi kalau orang siuman melakukan kerja flip-flop ini, rasa-rasanyalah kesalahan itu lebih teruk daripada dilakukan oleh orang mabuk.
  • Begitu juga flip-flop mengenai IJN, LCCT dan terbaru pembatalan kenaikan kadar tol.

Dalam Blog Dunia Tiger menyatakan:

  • Berselindung disebalik hak dan keistimewaan atau kekebalan. ahli Parlimen membuat macam-macam tuduhan, termasuk mengata Pemuda UMNO celaka dan menghantar peluru yang dituturkan pengerusi DAP Karpal Singh, kemudian perkataan jahat itu mereka tarik balik

Maksudnya cakap dulu tarik kemudian, buat dulu batal kemudian sudah menjadi amalan sebagai kaizen oleh para yang berhormat dan oleh pemimpin kerajaan dan juga di pihak pembangkang. Flip-Flop macam ini menyebabkan suasana siasah negara menjadi ibarat Keling Karam.

Ibarat kata setiap yang berlaku kerana ada mulanya. Namun permulaan yang teruk ini adakah kerana Tun Dr. Mahathir yang telah membuat silap dalam pemerintahannya dulu? Bolehkah agensi kerajaan dibetulkan dengan tidak mengamalkan kaizen, sedangkan ramai mereka yang telah dikirim ke jepun itu sudah menjawat pangkat tinggi dalam kerajaan? Bolehkah pegawai-poegawai ini mengubah sikapnya yang rosak itu?