Flip-Flop

Flip-flop *slippers — Japanese sandals; as in US and UK "flip-flops", Australia "thongs" yang bermaksud Flip-Flop ialah sejenis bunyi akan tetapi sudah diguna pakai orang untuk makna yang lain. Ia merujuk kepada sekajab ada, sekejab tak ada, sekejab ada dan seterusnya, macam cakap keling, pagi lain dan petang lain.

Siapakah yang memulakan Flip-flop? Siapakah lagi jika tidak Tun Dr Mahathir Muhammad seketika menjadi Perdana Menteri Malaysia apabila memperkenalkan 'Pandang Ke Timur'. Khususnya budaya orang-orang Jepun buat kerja.

Budaya 'Kaizen' yang dipakai di Jepun itu menyebabkan seorang pekerja yang menyiapkan tugas yang disuruh oleh bos tidak semestinya akan diterima oleh bos mereka apabila dibawa hari berikutnya.

Konsep kaizen ialah hari ini bagus tidak semestinya esok pun bagus, begitulah sebaliknya hari ini tidak bagus, esok pun belum tentu tidak bagus. Kononnya penambah baik yang berterusan, yang boleh dianggap sebagai tidak ada pendirian. Pragmatik kononnya. Maka lahir budaya kerja Flip-flop. Buang masa, buang tenaga.

Dalam Blog A Kadir Jasin dinyatakan:
  • Kementerian Dalam Negeri sekejab kata haram sekejab tak jadi haram dalam hal gunai kalimah Allah oleh Herald-The Catholic Weekly.
  • Dalam kes flip-flop penggunaan nama Allah ini tidak ada siapa dituduh mabuk tetapi kalau orang siuman melakukan kerja flip-flop ini, rasa-rasanyalah kesalahan itu lebih teruk daripada dilakukan oleh orang mabuk.
  • Begitu juga flip-flop mengenai IJN, LCCT dan terbaru pembatalan kenaikan kadar tol.

Dalam Blog Dunia Tiger menyatakan:

  • Berselindung disebalik hak dan keistimewaan atau kekebalan. ahli Parlimen membuat macam-macam tuduhan, termasuk mengata Pemuda UMNO celaka dan menghantar peluru yang dituturkan pengerusi DAP Karpal Singh, kemudian perkataan jahat itu mereka tarik balik

Maksudnya cakap dulu tarik kemudian, buat dulu batal kemudian sudah menjadi amalan sebagai kaizen oleh para yang berhormat dan oleh pemimpin kerajaan dan juga di pihak pembangkang. Flip-Flop macam ini menyebabkan suasana siasah negara menjadi ibarat Keling Karam.

Ibarat kata setiap yang berlaku kerana ada mulanya. Namun permulaan yang teruk ini adakah kerana Tun Dr. Mahathir yang telah membuat silap dalam pemerintahannya dulu? Bolehkah agensi kerajaan dibetulkan dengan tidak mengamalkan kaizen, sedangkan ramai mereka yang telah dikirim ke jepun itu sudah menjawat pangkat tinggi dalam kerajaan? Bolehkah pegawai-poegawai ini mengubah sikapnya yang rosak itu?