Macam Raja Norudom Sihanuk

Perdana Menteri Malaysia pergi turun padang berjumpa rakyat samalah macam perbuatan Raja Norudom Sihanuk, Raja Kemboja yang akhirnya hidup dalam buangan di Negeri China.

Begitu juga dengan Luis XIV Raja Peranchis yang dijatuhkan zaman-zaman revolusi oleh Nepelion Bonapart. Macam jugalah Shah Iran yang jatuh oleh revolusi Ayatullah Khumaini. Nasib yang hampir serupa aje bakal menimpa Dato' Seri Najib Tun Razak dengan mottonya 1 Malaysia.

Pakar-pakar saikologi di Majlis Keselamatan Negara dan ICU JPM nampaknya dah kering idea, dah tua bangat usianya hingga tak tahu nak kasi formula macam mana Barisan Nasional boleh diterima rakyat semula.

Mereka bukan tak tau bahawa taktik turun padang yang macam sahidan kasim buat tu dah tak boleh pakai, malahan Mohd Taib @ Mik Taison pun guna taktik itu gagal. Begitu juga taktik itu gagal di Permatang Pauh, Kuala Trengganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Macam Ali Rustam kata dalam dailog RTM bersama syed Munawar itu, orang muda perlukan baget yang disalurkan melalui pejabat belia daerah, tapi itu zaman-zaman Ali Rustam jadi belia, tapi sekarang zaman dah berubah.

Kalau Barisan Nasional nak disenangi rakyat, ialah tukar jenama macam Lim Kik Yek cakap itu supaya meniru langkah Tun Razak tukar Parti Perikatan menjadi Barisan Nasional. Yang seterusnya ialah tunjukkan kegagahan askar-askar melayu sebagai pahlawan, tunjukkan kita ada mempunyai angkatan tentera yang gagah, ada kereta kebal, ada kapal terbang, ada kapal selam dan yang ala-ala pahlawan. Macam Tun Razak buat dengan belia pelopor negara dan pembena negara.

Yang imej hebat ialah askar @ tentera tapi orang akan pandang bukan pada askar atau tentera yang hebat, sebaliknya itu kerajaan yang dapat nama. Orang akan ingat ialah kerajaan malaysia yang gagah. Orang muda yang suka rempit-rempi pun akan nampak itu sebagai idola dan matlamat kasih sayang dan sokongan.

Kenapa orang muda dulu-dulu sokong anwar ibrahim, sebab di sana ada anak-anak muda yang berpakaian menutup aurat dan sopan santun, walhal bukan itu anwar ibrahim pun, tapi orang boleh sokong anwar pula, sedangkan yang menyokong itu sendiri tak menutup aurat.

Begitu juga kenapa dulu-dulu orang sokong Tunku Abdul Rahman, sebab zaman feudal itu raja adalah manusia yang dipandang hormat dan tinggi, sedangkan Tunku Abdul Rahman adalah dari anak raja, keturunan raja.

Mengapa orang sokong Tun Razak? Sebab Tun Razak masa belajar di England dia pro sosialis, sedangkan masa itu orang muda sangat benci kepada penindasan dan kesusahan hidup. Bagi mereka sistem sosialis itu kebebasan. Sebab itu mereka benci kepada kapitalis, dan Tun Razak banyak membangunkan idea-idea sosialis seperti felda, MADA dan MARA.

Kenapa Orang sukakan Tun Dr Mahathir masa itu? Carilah sendiri jawapannya sendikri lagipun Tun Dr Mahathir pun masih hidup. Orang masih sempat untuk membenci cara memerintahnya dulu.

Oleh itu, jika YAB Dato' Seri Najib mahu diterima macam hero-hero zaman khalifah islam yang melihat sendiri kesusahan rakyat, maka janganlah buat kerja macam dia buat sekarang. Turun ramai-ramai macam orang-orang bangla yang baru keluar dari kilang.

Mengapa tidak Dato' Seri turun dua tiga orang sahaja, maca khalifah Islam dulu buat, hingga khalifah terjumpa seorang ibu yang sedang menyuruh anaknya diam dari menangis menunggu hanya rebus air sahaja, tapi isinya tak ada. kenapa tak macam itu.

Kalau turun ramai-ramai, orang ramai ingat itu macam satu pertunjukkan dari satu rombongan pelancung yang baru turun dari sebuah bas...